Tempatan

‘Setuju Allah Adalah Nabi Muhammad SAW’, PDRM Digesa Siasat Keluarga Ajaran Sesat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2023 – Pihak polis digesa mencari sebuah keluarga dipercayai pengikut ajaran sesat Suhaini Mohammad selepas mereka mendakwa Allah adalah Nabi Muhammad SAW.

“Allahuakhbar!!! Mohon @pdrmsia_official cari keluarga ni agar tidak pergi lebih jauh dalam kesesatan.”

Menerusi sebuah rakaman video yang tular, keluarga itu mengeluarkan beberapa kenyataan sensitif dan menghina seperti, “Saya bersetuju bahawa Nabi Muhammad memegang jawatan Allah” dan “Allah adalah Nabi Muhammad SAW”.

BACA JUGA: Taikun Hartanah Dibenarkan Tukar Sebahagian Bangunan Ikonik London Menjadi Masjid

BACA JUGA: Gelombang Haba Ekstrem, 1/3 Penduduk AS Terkesan

BACA JUGA: Gunung Berapi Mayon: Lebih 1,600 Mangsa Dipindahkan Alami Jangkitan Pernafasan Akut

Salah seorang ahli keluarga juga menyebut, “Nabi Muhammad tidak beranak dan tidak diperanakkan. Nabi Muhammad tidak makan, tidak tidur. Apa yang dipertontonkan Nabi Muhammad SAW kepada kita macam makan, kahwin, tidur and aktiviti manusia biasa, itu semuanya lakonan semata-mata.”

Rakaman itu mula tular dan mencetus kemarahan serta kerisauan seluruh warganet.

“Penuh keyakinan ye korang berhujah, sekolah mana korang menuntut nie… Mengucap lah byak2 oii… Seram aku dgar lah..,” luah seorang netizen.

Manakala seorang netizen dikenali sebagai @zuffarshrman pula berharap, “Semoga pihak kerajaan mendapat memgambil tindakan yang tegas dan segeraaa…Aamiin InsyaALLAH.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: