Tempatan

COVID-19: Wad ICU Dipenuhi Kanak-Kanak

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 21 Februari 2022 – Pesakit kanak-kanak kini dilaporkan mula memenuhi wad unit rawatan rapi (ICU) hospital susulan peningkatan kemasukan kes COVID-19 yang melibatkan golongan berkenaan.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: KKM Sahkan Ribuan Kes Kesan Mudarat Serius Vaksinasi

BACA: Jangkitan Covid-19 Israel Mencanak Naik 9,893% Selepas Dos Penggalak

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media pada 17 Februari baru-baru ini mengumumkan terdapat peningkatan sebanyak 160% bagi kes COVID-19 dari kalangan kanak-kanak di Malaysia.

Dr Rafidah Abdullah, seorang Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman di Hospital Putrajaya berkata, wad ICU dewasa di hospitalnya bekerja mula dipenuhi pesakit golongan kanak-kanak dengan rata-rata mereka memerlukan bantuan oksigen.

“ICU dewasa di tempat saya sudah bertukar kepada ICU kanak-kanak, minggu lepas kosong, (tetapi) sudah dipenuhi semula.”

“Ya Allah, sedihnya lihat mereka ini terbaring memerlukan oksigen,” katanya ringkas menerusi hantaran satu video di aplikasi Tiktok miliknya baru-baru ini.

Beliau menasihati para ibu bapa supaya mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak-anak dengan segera kerana tidak sanggup melihat keadaan yang dialami sekarang.

Selain simptom akibat COVID-19 itu sendiri, terdapat satu lagi komplikasi yang merisaukan para doktor iaitu Multisystem Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C).

Menurut Dr Rusyainie Ramli (Pegawai Perubatan Kanan di Angkatan Tentera Malaysia) dalam catatan Facebook beliau, ia adalah keradangan yang berlaku pada organ penting kanak-kanak seperti jantung, peparu, otak dan sebagainya. Komplikasi ini boleh berlaku pada kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun dalam jangka masa 2 hingga 4 minggu selepas didiagnos positif COVID-19.

Walaupun sudah tamat tempoh kuarantin COVID-19, kanak-kanak boleh demam kembali dan antara simptom MIS-C yang boleh dialami ialah rasa sakit yang teruk pada abdomen, cirit-birit, muntah-muntah, bintik-bintik merah pada kulit dan juga kesukaran untuk bernafas.

Kanak-kanak yang mempunyai simptom-simptom tersebut perlu menerima rawatan segera di hospital kerana MIS-C boleh menyebabkan keradangan organ yang teruk dan jika tidak dirawat, boleh menyebabkan kematian.

Setakat ini seramai tujuh kanak-kanak dilaporkan maut selepas mengalami sindrom MIS-C dan jumlah ini adalah daripada 174 kes MIS-C yang telah dikenal pasti oleh MIS-C Malaysia Study Group.

Dr Rusyainie juga mengambil peluang menasihati ibu bapa supaya mendapatkan vaksin untuk anak-anak kerana golongan ini tidak mempunyai sebarang perisai seperti golongan dewasa yang telah menerima dos penggalak. Mereka juga terdedah dengan COVID-19 kerana mereka tetap dibawa keluar berjalan dan mengekori ibu bapa dalam aktiviti sosial.

Leave a Reply

Back to top button