Tempatan

Akta Baharu Larangan Rokok Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 21 Februari 2022 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, akta baharu akan diperkenalkan bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005 atau dikenali sebagai Generational End Game.

“Bermakna jika anda berumur 17 tahun dan Parlimen meluluskan akta itu, anda tidak lagi dapat membeli sebatang rokok di negara ini,” katanya.

Pengenalan akta baharu itu dipercayai akan dapat mengurangkan keterdedahan generasi akan datang terhadap rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama kejadian kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser.

Khairy berkata, terdapat peningkatan kes kanser sebanyak 11 peratus di negara ini iaitu 115,238 kes bagi tempoh 2012 hingga 2016 berbanding 103,507 kes bagi tempoh 2007 hingga 2011.

Menurutnya, anggaran kos untuk merawat penyakit kanser paru-paru akibat merokok adalah sebanyak RM132.7 juta.

“Pelaksanaan (akta baharu) ini akan mengurangkan jumlah perokok baharu, seterusnya akan tiba satu masa, tiada lagi perokok di Malaysia.”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 serta pelancaran buku National Strategic Plan for Cancer Control Programme (NSPCCP) 2021-2025 dan buku National Strategic Plan for Colorectal Cancer (NSPCRC) 2021-2025 di Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya pada 17 Februari yang lalu.

Hadir bersama, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong; Pengarah IKN, Dr Mohd Anis Haron@Harun; Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Datuk Dr Saunthari Somasundram dan Pengerusi Malaysian Cancer Care Coalition, Dr Sanjeev Kumar Panchal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: