Tiada Elemen Penculikan, Pihak Ekstremis Cuba Jejaskan Harmoni – Mahmud Hishamuddin
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 21 Februari 2022 – Mahmud Hishamuddin, Setiausaha Agung PEMBELA, menegaskan bahawa tiada isu penculikan dalam kes tiga orang anak kepada Loh Siew Hong yang dibawa belajar di sekolah agama.
Baca: Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis
Baca: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy
Baca: Perlis perlu murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal
“Tidak ada timbul elemen penculikan, ancaman dan paksaan. Ini adalah kerelaan ketiga-tiga (orang) anak tersebut,” tegas beliau.
Sebaliknya, beliau mendakwa ia hanyalah sentimen yang dimainkan oleh golongan-golongan ‘pelampau’ dan ‘ekstremis’ yang ingin mencetuskan kekacauan dan haru-biru.
“Ada pihak-pihak pelampau dan ekstremis yang ingin mengharu-birukan dan mengacau-bilaukan keadaan negara yang harmoni ini,” tegas beliau lagi.
Beliau juga menyeru supaya Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu menjadikan teks Perlembagaan Bahasa Melayu sebagai teks rasmi di negara ini.
“Kita minta supaya Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu kita untuk kembali balik semula kepada teks asal sahih Perlembagaan Persekutuan dalam Bahasa Melayu,” ujarnya lagi.
Kes Puan Loh Siew Hong di Mahkamah Tinggi adalah berkenaan permohonannya supaya tiga orang anak beliau yang telah memeluk agama Islam dikembalikan kepadanya.
Permohonan tersebut adalah merupakan sebuah permohonan ‘Habeas Corpus’, di mana ianya adalah sebuah proses memohon pengiktirafan bahawa sesebuah pihak adalah dalam tahanan secara paksa tanpa justifikasi