Antarabangsa

Sebarang Pindaan IHR Perlu Hormat Kedaulatan Negara Anggota – Khairy Jamaludin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SWITSERLAND, 25 Mei 2022 – Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam satu kenyataan media baru-baru ini menegaskan bahawa sebarang pindaan ke atas International Health Regulations (Peraturan Kesihatan Antarabangsa) hendaklah menghormati dasar dan proses kesaksamaan, kebertanggungjawapan, ketelusan dan kedaulatan setiap negara anggota.

“Apa-apa pindaan ke atas International Health Regulations (Peraturan Kesihatan Antarabangsa) hendaklah menghormati dasar dan proses kesaksamaan, kebertanggungjawapan, ketelusan dan kedaulatan setiap negara anggota,” ujar beliau dalam Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75 yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland.

Dalam pada itu, beliau yang kini telah dilantik sebagai salah seorang daripada lima Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia (WHA) Ke-75 dilihat dapat membantu memudahkan lagi suara Malaysia dan 37 negara lain di kawasan pasifik Barat untuk dibawa ke WHO peringkat dunia.

Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar yang pernah berkhidmat buat WHO mengatakan bahawa pelantikan itu juga merupakan antara pencapaian Malaysia dan pengiktirafan negara serantau serta global, serta khususnya kepada Khairy Jamaluddin dan perkhidmatan kesihatan negara amnya.

“Semoga Malaysia terus memainkan peranan yang aktif dalam isu-isu kesihatan global.”

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang turut hadir dalam Perhimpunan tersebut berkata;

“Terutamanya Kementerian Kesihatan dan kesemua petugas barisan hadapan, yang telah mengorbankan masa dan tenaga di sepanjang pandemik Covid-19.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: