Tempatan

KP Kesihatan Sahkan 21 Peratus Kematian Ibu Hamil Penerima Vaksin

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2022 – 21% kematian ibu hamil akibat komplikasi jangkitan Covid-19 adalah dari kalangan mereka yang menerima vaksin. Jumlah tersebut dicatatkan dari 191 kes kematian ibu hamil sepertimana yang dilaporkan untuk 2021.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: KKM Sahkan Ribuan Kes Kesan Mudarat Serius Vaksinasi

BACA: Jangkitan Covid-19 Israel Mencanak Naik 9,893% Selepas Dos Penggalak

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebahagian besar kesemua kes kematian ibu hamil yang dilaporkan sejak wabak Covid-19 melanda negara ini adalah melibatkan mereka yang mempunyai komorbiditi.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah melaporkan akan potensi hubungan antara vaksin COVID-19 yang menggunakan teknologi mRNA dan miokarditis.

Miokarditis adalah penyakit yang jarang dijumpai yang boleh mengakibatkan sebahagian penghidap mengalami sakit dada yang biasanya memerlukan oksigen tambahan dan rawatan ubat antiradang.

Kes di Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan 56% dari kes radang otot jantung yang dikesan adalah berkaitan dengan Vaksin Pfizer, 36% adalah berkaitan dengan Sinovac manakala 8% lagi adalah membabitkan AstraZaneca.

Menurut beliau lagi, terdapat sekurang-kurangnya 25 kejadian kes radang otot jantung atau miokarditis dikesan dalam tempoh 3 minggu setelah menerima vaksinasi COVID-19.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: