Tempatan

Kos Rawat Pesakit Lebih Tinggi Daripada Kutipan Cukai Rokok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 28 Julai 2022 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan Kerajaan membelanjakan RM6.2 bilion bagi merawat pesakit akibat merokok pada tahun 2020 berbanding kutipan cukai produk tembakau sebanyak RM3 bilion.

“RM6.2 bilion, ini adalah jumlah kos yang negara terpaksa belanjakan pada tahun 2020 bagi merawat penyakit akibat merokok,” katanya menerusi hantaran di laman TikToknya Rabu lalu.

@khairykj Merokok memberikan impak besar kepada ekonomi negara. Sokong #GEG ♬ original sound  – Khairykj

Jelasnya, kos itu digunakan untuk merawat hanya tiga penyakit akibat merokok iaitu kanser paru-paru, penyakit jantung dan pulmonari obstruktif kronik (COPD).

Lebih memeritkan, kos rawatan itu dijangka meningkat sehingga RM8.8 bilion menjelang tahun 2030.

“Ramai mungkin tidak tahu kos yang ditanggung Kerajaan ini adalah lebih tinggi daripada jumlah kutipan cukai produk tembakau.”

“Negara rugi besar.”

Tidak menafikan rokok elektronik (vape) juga mengundang penyakit, Khairy memberitahu kos rawatan penyakit baru Vaping Associated Lung Injury (EVALI) menelan belanja sebanyak RM150,000 untuk 12 hari kemasukan hospital bagi seorang pesakit.

“Ia sangat mahal untuk merawat pesakit ini.”

Mengulas lanjut beliau berharap agar Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok dapat mengawal selia industri rokok elektronik.

“Kita boleh pastikan cecair vape yang dijual dikawal dengan baik dan lulus ujian makmal. Jadi pengguna tidak akan jatuh sakit.”

Menurutnya, RUU itu telah mendapat sokongan penuh pengusaha rokok elektronik.

“Mereka mahu dikawal selia dan Kerajaan juga boleh kutip cukai jualan vape yang dianggarkan RM500 juta setahun.”

Ujarnya, dengan melaksanakan peruntukan generasi penamat (GEG), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bukan sahaja mampu mengurangkan kos rawatan akibat komplikasi rokok, bahkan paling penting dapat menyelamatkan nyawa dua juta rakyat Malaysia.

“Merokok bukan sahaja membunuh tetapi memberi impak besar kepada ekonomi negara.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker