Tempatan

XBB Varian Baharu Covid-19 Dikesan Jangkit 4 Individu Di Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 November 2022 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa XBB, varian baharu Covid-19 telah dikesan menjangkiti empat individu di Malaysia.

Menurut beliau ketika ‘Sidang Media Menteri Kesihatan’ semalam, empat kes dari Selangor dan Negeri Sembilan itu berumur antara 25 hingga 51 tahun, dengan seorang daripadanya merupakan pesakit Covid-19 berulang atau kes jangkitan semula.

Khairy Jamaluddin juga menjelaskan bahawa keempat-empat pesakit tersebut tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tiada sejarah kontak dengan kes XBB.

Subvarian Omicron XBB yang juga dikenali sebagai Gryphon ini pertama kali muncul di Singapura beberapa minggu lalu dan sebelum ini amaran telah dikeluarkan berkenaan varian ini yang berkemungkinan ‘kebal’ terhadap vaksin.

Pada 11 Oktober lalu, Singapura merekodkan 11,732 jangkitan Covid-19 baharu iaitu dua kali ganda berbanding hari sebelumnya sekali gus membuktikan keupayaan kebolehjangkitan XBB.

Selain itu, subvarian XBB juga ditemui di Jepun dan Korea Selatan di mana bersama-sama dengan varian baharu lain, ia bertanggungjawab kepada lonjakan bilangan kes Covid-19 yang luar biasa.

XBB adalah versi hibrid daripada dua strain Omicron sebelum ini dan mula dikesan di India pada Ogos 2022 dan sejak itu, XBB merebak dengan cepat di 17 negara, kebanyakannya di Benua Asia di samping Denmark dan Amerika Syarikat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: