Tempatan

Fatwa Putuskan Vape Haram – Menteri Agama

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

 

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2023 – Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Ini jawapan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam satu jawapan bertulis selepas ditanya Ahli Parlimen YB Tuan Haji Mohd Hasnizan Bin Harun apa pendirian Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) tentang penggunaan vape yang memberikan kesan kepada kesihatan.

BACA JUGA: Pantai Morib Ditutup Sehingga 2 Julai

BACA JUGA: Suspek Perlombongan Haram Mati Dalam Tahanan SPRM

BACA JUGA: Lagi Kes Kencing Di CIQ Johor, Dua Warga Singapura Ditahan

Tegasnya, Kerajaan memandang serius mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape dan isu-isu tersebut sering dibahaskan oleh ramai pihak dari pelbagai aspek.

“Berdasarkan perspektif agama, rokok adalah diharamkan atas beberapa faktor iaitu mengandungi pelbagai jenis racun seperti nikotin serta bahan-bahan kimia lain yang dipercayai boleh memudaratkan kesihatan. Pelbagai jenis penyakit dikenal pasti yang dikaitkan dengan penggunaan rokok elektronik atau vape seperti ketagihan, menggalakkan pembekuan darah, kematian mengejut, iritasi pada mata, tekak dan kulit serta mampu membunuh sel paru-paru.”

“Begitu juga kandungan yang terdapat di dalam vape seperti nikotin, Propylene Glycol, Vegetable Glycerin dan bahan perisa dan pewarna yang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan.”

Oleh yang demikian, pada 21 Disember 2015, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

“Umat Islam adalah dilarang menghisap rokok elektronik dan vape atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan rokok elektronik dan vape,” tegas beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: