Antarabangsa

Vape : Lambakan Pembuangan Bateri Litium Di Tahap Kritikal

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ENGLAND, 19 Julai 2022 – Hasil sebuah kajian mendapati pengguna di United Kingdom (UK) membuang kira-kira dua vape pakai buang pada setiap saat, menjadikan kira-kira 10 tan litium dibuang ke tempat pembuangan setiap tahun.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Sky News dan Biro Kewartawanan Penyiasatan, bilangan pembuangan yang tinggi itu satu pembaziran logam berharga.

“E-rokok atau vape mengandungi sejumlah kecil logam jarang ditemui dipanggil litium, yang digunakan untuk menghasilkan bateri boleh dicas semula.”

“Jumlah pembuangan setiap tahun ini cukup untuk membuat bateri bagi 1,200 kereta elektrik.”

Kajian pasaran yang dibuat oleh Opinium for Material Focus pula mendapati tujuh peratus daripada 4,000 orang yang ditinjau telah membeli peranti vape pakai buang.

Ini menunjukkan kira-kira 168 juta vape pakai buang dibeli setiap tahun di UK dan hasil laporan pengguna, lebih separuh daripada mereka membuang peranti berkenaan ke dalam tong sampah ia kehabisan, dan bukannya memasukkannya ke dalam tong kitar semula elektrik sisa, atau memulangkannya kepada peruncit.

Menurut Profesor Bahan dan Masyarakat di Kolej Universiti London, pembuangan logam berharga itu bukan sahaja satu pembaziran, tetapi ia juga boleh menyebabkan banyak pencemaran.

“Kita tidak boleh membuang bahan logam ini. Litium adalah bahan yang kita gunakan untuk beralih daripada bahan api fosil dan menangani isu iklim,” katanya kepada Sky News.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: