Tempatan

30 Ribu Belia Berisiko Jadi Penagih Dadah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2023 – Seramai 30 ribu belia dibimbangi menjadi penagih pada tahun ini memandangkan trend penggunaan vape dalam kalangan mereka semakin meningkat.

Setiausaha Agung Majlis Penggunaan Bahan Terlarang (MASAC), Raja Azizan Suhaini Raja Abd. Latiff berkata, perkara itu adalah membimbangkan kerana penyalahgunaan dadah juga semakin berkembang pesat apabila ia mudah dicampurkan melalui cecair vape sekali gus meningkatkan lagi ketagihan mereka.

BACA JUGA: Filem Mentega Terbang Provokasi Islam Agama Persekutuan – PUTRA Malaysia

BACA JUGA: Saudi Latih Petugas Haji Di Malaysia Kali Pertama

BACA JUGA: Sidang Dewan Rakyat Dilanjut Dua Hari Pada April

Jelasnya, belia berusia 19 hingga 39 tahun berisiko tinggi kerana peningkatan trend individu dalam kalangan usia itu yang ditahan dua tahun sebelum ini.

“Melalui penyelidikan pencegahan, kita dapati ramai budak sekolah terutamanya sekolah menengah menggunakan vape. Mereka seronok hisap vape, jadi kalau dadah dengan vape itu sukar dikesan.”

Mengulas lanjut, beliau berkata, penyalahgunaan dadah melalui cecair vape itu akan terus berleluasa selagi mana bahan terlarang itu belum digazetkan di bawah peruntukan tertentu.

Oleh itu, ia menjadi antara faktor pengeluar boleh mengeluarkan cecair vape itu sesuka hati termasuk dengan campuran bahan terlarang.

“Ada 800 Substan Psikoaktif Baharu (NPS) yang belum dikawal atau digazet di bawah undang-undang sedia ada, jadi ia ibarat dadah yang dikenal pasti, tetapi tidak akan positif dadah jika melalui ujian air kencing sebab tidak digazetkan,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: