Antarabangsa

Subvarian Dikesan Merebak Lebih Pantas Berbanding Varian Asal, Varian Omicron – WHO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 03 Februari 2022 – Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan subvarian daripada jujukan Omicron yang mempunyai kebolehjangkitan tinggi COVID-19 telah dikesan dan mungkin merebak dengan lebih pantas berbanding varian asalnya, varian Omicron, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Subvarian Omicron tersebut merupakan urutan daripada versi asal iaitu varian Omicron yang kini telah dikesan di 57 buah negara, ujar WHO.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Dalam kemas kini epidemiologi mingguan, WHO berkata varian berkenaan merangkumi lebih 93 peratus daripada semua spesimen COVID-19 yang dikumpul pada bulan lalu, membabitkan beberapa subvarian iaitu BA.1, BA.1.1, BA.2 dan BA.3.

Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan ketara dalam kes membabitkan BA.2, dengan mengira beberapa mutasi berbeza daripada yang versi asal, termasuk lonjakan protein yang memenuhi permukaan virus dan kunci untuk memasuki sel manusia.

Menurut WHO, subvarian BA.2 yang dikemas kini Data Influenza (GISAID) dikesan di 57 buah negara setakat ini dan di beberapa negara, subvarian itu kini menyumbang lebih separuh daripada semua jujukan Omicron yang dikumpul.

Namun menurut perkongsian GISAID, versi pertama subvarian BA.1 dan BA.1.1 yang mula dikesan tetap menyumbang lebih 96 peratus daripada semua jujukan Omicron yang dimuat naik ke Inisiatif Global.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu turut menjelaskan bahawa ketika ini hanya sedikit data diperoleh mengenai perbezaan antara subvarian tersebut.

Pakar terkemuka WHO berkaitan COVID-19, Maria Van Kerkhove, berkata maklumat mengenai subvarian sangat terhad, tetapi beberapa data awal menunjukkan BA.2 mempunyai ‘sedikit peningkatan dalam kadar pertumbuhan, berbanding BA.1’.

Justeru, WHO mengharapkan orang ramai supaya sedar bahawa virus ini terus beredar dan ia terus berkembang.

“Adalah penting untuk kita mengambil langkah bagi mengurangkan pendedahan kepada virus ini bagi mana-mana varian yang sedang bermutasi.”

Varian Omicron merebak dengan pantas dan banyak bermutasi menjadi varian dominan di seluruh dunia sejak pertama kali dikesan di selatan Afrika, kira-kira 10 minggu lalu dan pertama kali dikesan di Malaysia pada Disember lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan kes pertama varian yang dibimbangi (VOC) Omicron di Malaysia melibatkan seorang pelajar warga asing berusia 19 tahun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: