Antarabangsa

Mahkamah Agung Indonesia Larang Persetujui Daftar Pernikahan Beza Agama

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 21 Julai 2023 – Mahkamah Agung (MA) Indonesia melarang semua mahkamah daripada menyetujui pendaftaran perkahwinan antara agama dan keyakinan yang berbeza.

Lapor sebuah agensi berita antarabangsa, larangan tersebut dinyatakan dalam Surat Edaran (SE) Nombor 2 Tahun 2023 mengenai Panduan untuk Hakim dalam membicarakan Kes Permohonan Pendaftaran Perkahwinan Antar-agama yang Berbeza Agama dan Keyakinan.

SE itu ditandatangani oleh Ketua Mahkamah Agung, Muhammad Syarifuddin pada Selasa, 17 Julai 2023 baru-baru ini.

BACA JUGA: Kes Guru Ponteng: Tiga Bekas Pelajar Menang Saman, Pampasan RM50,000 Seorang

BACA JUGA: ‘Setuju Allah Adalah Nabi Muhammad SAW’, PDRM Digesa Siasat Keluarga Ajaran Sesat

BACA JUGA: JAIM Akan Libatkan Polis Jika Penganjur Acara Ratu Pondan Berdegil

“Hakim harus mematuhi ketentuan tersebut: Mahkamah tidak akan menyetujui permohonan pendaftaran perkahwinan antara agama dan keyakinan yang berbeza,” kata Syarifuddin dalam dasar tersebut.

Jelas Syarifuddin, langkah tersebut diambil untuk memberikan kepastian dan kesatuan dalam penerapan hukum sewaktu membicarakan permohonan pendaftaran perkahwinan antar-agama yang berbeza dari segi agama dan kepercayaan.

Menurut Syarifuddin, perkahwinan yang sah adalah perkahwinan yang dilakukan menurut hukum agama dan kepercayaan masing-masing sesuai dengan Perkara 2 Nombor 1 dan Perkara 8 (F) Undang-Undang Nombor 1 Tahun 1974 tentang perkahwinan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: