Tempatan

Pendaftaran Penderma Organ akan dilancarkan di Aplikasi MySejahtera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 08 Mac 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk melancarkan fungsi dalam aplikasi MySejahtera yang membolehkan orang ramai mendaftar sebagai penderma organ, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika Pelancaran Persidangan Dialisis Tahunan Ke-16 2022 baru-baru ini.

“Memandangkan kadar pendermaan organ di Malaysia antara yang terendah di dunia, kami cuba sedaya upaya untuk memudahkan orang ramai mendaftar sebagai penderma,” ujar beliau.

Khairy melihat keperluan ini disebabkan peningkatan pesakit buah pinggang kronik yang kebanyakannya bergantung kepada rawatan dialisis. Mereka menjangkakan angka pesakit buah pinggang peringkat akhir (EKSD) yang memerlukan rawatan tersebut akan mencecah 100,000 orang pada 2040.

Menurut beliau, langkah lain yang boleh diambil pesakit buah pinggang ialah pencegahan dan pemeriksaan kesihatan berkala serta rawatan pemindahan organ.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye berkata setelah wabak COVID-19 berakhir, aplikasi MySejahtera akan dilupakan atau dibuang sahaja melainkan kerajaan bercadang untuk kekalkan aplikasi tersebut sebagai ID Digital untuk semua rakyat.

Tambahnya, aplikasi itu memudahkan para penderma organ berikrar seterusnya menerima salinan digital kad penderma dalam aplikasi tersebut.

Tan Sri Lee Lam Thye bersetuju sekiranya pihak kerajaan membuat rancangan jangka masa panjang bagi mengekalkan aplikasi MySejahtera khususnya untuk kegunaan hal-hal berkaitan kesihatan termasuklah COVID-19 dan juga penyakit tidak berjangkit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: