2.7 Juta Penerima Sinovac Bakal Luput Status Vaksinasi Lengkap
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 24 Februari 2022 – Seramai 2.7 juta penerima vaksin primer Sinovac bakal luput status vaksinasi lengkap dan akan berdepan beberapa sekatan tertentu mulai Mac 2022 jika gagal mendapatkan dos penggalak, demikian menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong.
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: KKM Sahkan Ribuan Kes Kesan Mudarat Serius Vaksinasi
BACA: Jangkitan Covid-19 Israel Mencanak Naik 9,893% Selepas Dos Penggalak
“Sebagaimana diumumkan sebelum ini, status vaksinasi mereka berubah kepada tidak lengkap (jika tidak menerima dos penggalak).”
Sehubungan itu, mereka yang gagal mengambil pelalian tersebut juga akan berdepan risiko beberapa sekatan lain termasuk tidak akan dapat menikmati kemudahan-kemudahan seperti penerima lengkap lain, bergantung kepada ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Datuk Dr Chong Chee Kheong menjelaskan bahawa penerima vaksin primer Sinovac memerlukan dos penggalak kerana mereka mempunyai risiko lebih tinggi mendapat jangkitan COVID-19 atau breakthrough infection terutama melibatkan kes-kes serius.
“Kumpulan ini perlu mengambil dos penggalak untuk mengelakkan berlaku peningkatan semula kes, terutama kes serius yang memerlukan kemasukan ke hospital sehingga menyebabkan sistem kesihatan negara terbeban, kerana dos penggalak boleh meningkatkan imuniti terhadap jangkitan varian Omicron.”
Menurut kemaskini data, tidak sampai sejuta atau lebih kurang 800,000 penerima dos primer Sinovac mengambil suntikan penggalak selepas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membuat pengumuman status vaksinasi mereka bertukar putih, tidak lengkap bermula awal bulan depan.
Melalui kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji keperluan untuk memberikan suntikan dos penggalak keempat kepada penerima vaksin Sinovac yang diberikan suntikan dos penggalak Pfizer.