Tempatan

Malaysia Penerima Manfaat Dari Krisis Pandemik COVID-19 Dan Perang Rusia-Ukraine

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 03 Jun 2022 – Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak berpendapat terdapat beberapa manfaat yang sedang diterima oleh Malaysia daripada Pandemik COVID-19 Dan Perang Rusia-Ukraine.

“Kita juga penerima manfaat dari kedua-dua krisis ini dari segi pendapatan susulan harga global komoditi yang mencecah paras tertinggi,” dakwa beliau.

Katanya, ini kerana kelebihan yang dimiliki oleh Malaysia dalam situasi ini adalah menjadi pengeksport komoditi yang besar.

Tambahnya lagi, negara sedang menikmati kelebihan itu melalui keuntungan yang diperoleh melalui harga-harga komoditi yang kini berada pada paras yang tinggi seperti “Harga sawit adalah 3 hingga 4 kali ganda berbanding harga sebelum pandemik bermula” dan “Harga gas asli pula naik sehingga 10 kali ganda lebih tinggi,” kata beliau.

“Itulah sebab Petronas mampu melaporkan keuntungan besar sebanyak RM23 bilion bagi 3 bulan pertama tahun ini”, beliau juga tidak menolak kemungkinan keuntungan Petronas akan mencecah RM100 bilion bagi keseluruhan tahun 2022.

Selain itu, sektor pembuatan elektronik antara yang sedang berkembang pesat dengan permintaan dunia yang tinggi, ujar beliau lagi.

Walau bagaimanapun, Najib Razak tidak menafikan kesukaran yang dihadapi Kerajaan untuk mengawal kesan kedua-dua krisis ini. Namun beliau mendakwa ia perlu diredakan dengan dasar-dasar yang baik serta adil.

“Ianya adalah adil dan patut bahawa Kerajaan mengenakan cukai yang lebih ke atas sektor-sektor ini di samping memastikan sektor-sektor ini diberi perhatian khusus supaya mereka dapat memanfaatkan sepenuhya keadaan harga yang tinggi ini,” cadang Najib Razak kepada Kerajaan untuk menggunakan peluang ini bagi menyelesaikan masalah inflasi yang sedang meruncing.

“Erti kata lain kita memudahkan sektor-sektor ini meningkatkan pengeluaran tetapi kerajaan ambil sebahagian “durian runtuh” untuk membantu sektor-sektor lain yang terjejas serta untuk meredakan cabaran inflasi ketika ini,” jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button