Terkini

Ambillah Dos Penggalak Untuk Sambut Aidilfitri

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2022 – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan orang ramai menyegerakan pengambilan dos penggalak sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini.

“Sila dapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 untuk perlindungan diri dan keluarga sebagai satu usaha bersama kesiapsiagaan menyambut Hari Raya nanti. InshaAllah.”

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjawab ciapan seorang netizen yang mahu kerajaan melakukan persediaan yang sepatutnya bagi mengawal penularan varian Omicron, menjelang ketibaan hari raya Aidilfitri.

Tinjauan Samudera.my mendapati kenyataan ini menjadi pertikaian netizen di media sosial yang mempersoalkan bagaimana pula dengan Hari Raya Cina.

“Gong Xi Fa Cai?”

“Raya je tak boleh, dari dos 1, sampi la ni,” balas seorang lagi pengguna Twitter.

“Eh hari raya je ke? Bulan 2 ni kan raya jugak.. Raya cinaa. Takde pulak nak cakap macam ni.. Jng nt hari raya tetiba pkp pulak 🐍,” ciap @ielahishamm

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendesak semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac yang berusia 18 tahun ke atas pergi mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum Februari 2022.

Jika gagal, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap. Individu terbabit juga tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19.

Leave a Reply

Back to top button