Tempatan

Dos Penggalak Punca Jari Perlu Dipotong? Wanita Dapatkan Pandangan Kedua

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAJANG, 24 Januari 2022 – Ibu tunggal, Christina Selvamoney, 50, memberitahu, tangan kirinya mula merasa sakit sehari selepas menerima suntikan dos penggalak pada 6 Januari.

Bukan sahaja sakit, tiga jarinya juga mula bertukar menjadi kebiru-biruan.

Disebabkan itu, anaknya kemudian membawanya ke Hospital Kajang keesokan harinya selepas beliau tidak dapat menahan kesakitan yang dialami.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

Hasil ujian menunjukkan terdapat gumpalan kecil darah beku di saluran darah di bahagian atas jantungnya.

“Pada mulanya, berdasarkan imbasan CT oleh Hospital Kajang, doktor kata saya ada darah beku di urat atau arteri tangan kiri. Tapi kemudian saya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan doktor di sana kata ada sumbatan di atas jantung, dalam arteri bersambung ke tangan kiri.”

“Pemeriksaan juga tunjukkan tiada denyutan di jari manis dan kelingking. Doktor kata tiga lagi jari okey,” ujarnya seperti dilaporkan oleh Malaysiakini.

“Beberapa hari pertama dimasukkan ke HKL, beberapa orang doktor memberitahu jari-jari saya berada dalam keadaan tidak baik dan jika keadaan memburuk, jari boleh mengecut dan perlu dipotong.”

Katanya lagi, doktor di kedua-dua hospital memberitahunya kemungkinan masalah yang dihadapi berpunca daripada vaksin.

Menurut Christina, prognosis itu benar-benar membimbangkannya kerana beliau perlu menyara dirinya dan dua anaknya – kedua-duanya sedang menuntut di kolej.

Jika diikutkan, beliau mahu mendapatkan pandangan kedua daripada pengamal perubatan swasta, namun amat mustahil dengan gaji yang diperoleh sebagai seorang guru tadika.

Bercerita lanjut, Christina menyatakan beliau menerima vaksin Pfizer bagi ketiga-tiga dos di mana beliau turut mengalami tindak balas buruk selepas suntikan dos kedua.

“Sebenarnya saya agak keberatan untuk ambil dos penggalak, tetapi anak perempuan saya suruh saya pergi.”

“Dia kata saya perlu divaksin jika mahu teruskan kegiatan sosial dan melawat keluarga di Ipoh. Jadi saya setuju.”

Christina menegaskan bahawa dirinya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kecuali kencing manis, tidak merokok mahupun minum minuman beralkohol.

“Jika mereka asyik kata mahu potong (jari saya), saya tak boleh biarkan saja.”

“Saya mahu dapatkan pandangan kedua, dan lebih baik jika saya boleh dapatkannya awal kerana saya takut jika saya tunggu terlalu lama, keadaan bertambah buruk.”

Kecewa dengan apa yang dihadapinya, Christina berharap kerajaan dapat memberi penjelasan tentang apa yang berlaku.

Malaysiakini melaporkan pihak mereka telah menghubungi Kementerian Kesihatan untuk mengulas perkara ini. Seorang jurucakap memaklumkan mereka sedang meneliti kes ini.

 

Leave a Reply

Back to top button