Tempatan

Ratusan Pesakit COVID-19 Kategori 1 Dan 2 Dimasukkan ke Hospital

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 22 Mac 2022 – Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia melaporkan pada 21 Mac 2022, sebanyak 737 atau 58.5 peratus kes COVID-19 kategori 1 dan 2 telah dimasukkan ke hospital.

Hal ini berikutan, terdapatnya kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan pesakit dimasukkan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: KKM Sahkan Ribuan Kes Kesan Mudarat Serius Vaksinasi

BACA: Yang Belum Vaksin Jangan Benar Pergi Sekolah – Pakar Kesihatan

Peratusan itu diikuti dengan 41.5 peratus atau 523 kes dari kategori 3, 4 dan 5 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 pada 21 Mac 2022 adalah sebanyak 1,260 kes.

Bukan itu sahaja, Dr Noor Hisham juga menyatakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 63 peratus bagi penggunaan katil untuk kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagi penggunaan katil bukan ICU, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 89 peratus diikuti dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 88 peratus.

Manakala, pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) pula menurun kepada 199 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator sebanyak 22 peratus.

KKM mengingatkan bahawa individu yang positif COVID-19 di bawah kategori 1 dan 2A dan yang bukan berisiko tinggi (berumur 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid) agar tidak perlu hadir ke COVID-19 Assesment Centre (CAC) sebaliknya hanya perlu melakukan pemantauan kendiri.

Justeru, KKM menasihati orang ramai agar sentiasa memakai pelitup muka dan menekankan pemakaian pelitup muka berganda sewaktu di kawasan awam yang tertutup.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: