Tempatan

Terkini: 10 Kematian, 3,267 Kes Baharu COVID-19

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 10 November 2022 – Malaysia mencatatkan 3,267 kes baharu COVID-19 dengan 10 kematian direkodkan semalam, menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Daripada kes baharu itu, sebanyak 3,265 adalah kes penularan tempatan dan dua lagi adalah kes import.

Dalam pada itu, portal KKMNow juga melaporkan bahawa daripada 10 kematian tersebut, dua pesakit telah meninggal dunia sebelum sampai ke hospital.

KKM juga memaklumkan bahawa sebanyak 34,829 kes aktif di negara ini dilaporkan setakat semalam dan seramai 33,103 pesakit diletakkan di bawah kuarantin di rumah dan 1,635 lagi dimasukkan ke hospital.

Pecahan daripada pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital pula, 91 ditempatkan di unit rawatan rapi, manakala 63 daripadanya memerlukan sokongan ventilator.

Menurut rekod terkini, jumlah kumulatif kes terkumpul negara adalah 4,937,020 kes dan jumlah kematian menjadi 36,514 sejak wabak yang menjadi pandemik itu bermula.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebelum ini menggesa orang ramai mengenakan pelitup muka bagi mengekang varian XBB COVID-19 yang mempunyai kadar jangkitan yang tinggi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga menegaskan agar orang ramai memakai topeng muka di kawasan sesak dan tertutup susulan gelombang baharu COVID-19 yang melanda negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: