Tempatan

Kedah Kaji Keperluan Syarat Booster Ke Tempat Awam – MB Kedah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA NERANG, 06 Mac 2022 – Berikutan peningkatan kes COVID-19, kerajaan negeri Kedah bakal mengkaji keperluan menetapkan suntikan vaksin dos penggalak sebagai syarat untuk masuk ke tempat awam termasuklah masjid, kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah.

Tambah beliau, perkara ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri dalam masa terdekat.

“Ada ramai orang tidak faham hal yang dibangkitkan mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) di masjid. Sebenarnya ada keperluan yang kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berbuat demikian (dos penggalak),” ujarnya selepas Majlis Perasmian Bangunan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Nurul Hidayah di Pekan Naka, Kuala Nerang Khamis lalu.

Katanya, beliau belum pasti jumlah terkini individu yang sudah menerima suntikan dos penggalak di negeri itu namun jumlah kanak-kanak yang sudah menerima dos pertama melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) sudah melebihi 51,000 orang.

Walaupun individu yang dijangkiti varian Omicron tidak mengalami gejala yang teruk, Muhammad Sanusi berharap agar orang ramai sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

Beliau turut memaklumkan berkenaan pekeliling baharu yang dikeluarkan pihaknya supaya pejabat di bawah kerajaan negeri terus beroperasi walaupun terdapat kakitangan positif COVID-19.

“Apabila seorang kakitangan yang positif, hanya kakitangan itu saja yang akan bercuti, kakitangan yang menjadi kontak rapat dan tidak bergejala tetap perlu datang kerja,” jelasnya.

Setakat ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sahaja telah mewajibkan suntikan vaksinasi dos penggalak sebagai syarat tambahan, selain lengkap dua dos vaksin untuk para jemaah hadir menunaikan solat Jumaat di masjid seluruh Selangor.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: