PRU-15

PRU-15: Individu Positif COVID-19 Dibenarkan Keluar Mengundi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2022 – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata individu yang positif COVID-19 namun tidak kritikal, akan dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Walau bagaimanapun, individu tersebut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang akan dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak, di mana pihak KKM telah bermesyuarat dengan SPR bagi mengesyorkan beberapa cadangan untuk dimasukkan sebagai SOP bagi memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar dan selamat.

Beliau memaklumkan antara langkah yang diambil adalah mewujudkan saluran khas untuk mereka yang positif COVID-19 supaya mereka tidak akan bercampur dengan pengundi-pengundi lain.

Selain itu, pemakaian pelitup muka dan pelindung muka juga penting selain sanitasi, tetapi pihak KKM tidak menyarankan pemakaian pakaian perlindungan peribadi (PPE) lengkap dalam SOP.

Malaysia dijadualkan untuk menghadapi PRU15 sekitar November susulan pengumuman oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang mengesahkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuat kuasa 10 Oktober 2022 lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: