Tempatan

Awas: Kes HFMD Mencecah Lebih 30 Ribu

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 18 Mei 2022 – Angka kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) mencatat peningkatan ketara di seluruh negara dengan 31,661 kes dilaporkan, mengikut kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa peningkatan berlaku sebanyak 15 kali ganda berbanding tahun 2021 yang hanya mencatat sebanyak 4,239 kes bagi keseluruhan tahun.

Sehingga 14 Mei 2022, Selangor menyumbang jumlah kes terbanyak berbanding negeri lain iaitu 8,864 kes diikuti WP Kuala Lumpur dan Putrajaya 4,421 kes, Sabah 2,650 kes, Perak 2,638 kes dan Kelantan sebanyak 2,493 kes. Dimaklumkan juga, bilangan kes HFMD di negeri lain mencatatkan angka kes sekitar atau kurang daripada 1,500.

Tambah beliau, majoriti lokasi penularan wabak ini berlaku di tadika, taska atau pra-sekolah, namun terdapat juga wabak di rumah persendirian dan pusat jagaan kanak-kanak.

Dalam pada itu, penyakit HFMD banyak menjangkiti kumpulan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah iaitu sebanyak 29,781 kes dan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun sebanyak 1,473 kes.

Penularan penyakit ini berlaku dengan pantas dan kadar jangkitan adalah hampir 100% bagi kanak-kanak di bawah umur 10 tahun, terutamanya di premis tumpuan kanak-kanak, ujarnya.

Menurut sumber daripada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, peningkatan ini dijangka berlaku berikutan pembukaan semula semua sektor ekonomi termasuk pembukaan taska dan tadika serta sektor pendidikan secara bersemuka.

Dalam kenyataan tersebut, KKM turut menasihati para ibu bapa kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda jangkitan supaya tidak membawa anak ke tempat awam, segera berjumpa doktor dan mengamalkan amalan kebersihan sewajarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: