Tempatan

Kes COVID-19 Tempatan: Kemasukan Ke ICU Meningkat

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 11 Ogos 2022 – Peningkatan jangkitan baharu COVID-19 tempatan yang dilaporkan semalam dengan mencatatkan 4,896 kes berbanding 3,083 kelmarin, juga merekodkan pertambahan kemasukan kes ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Berdasarkan maklumat di laman COVIDNOW, 31 daripada 68 individu di yang dirawat di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala seramai 1,577 kes dirawat di hospital dan 35 kes ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 12 kematian semalam iaitu enam membabitkan kes di luar fasiliti kesihatan (BID), menjadikan keseluruhan kes kematian di negara ini sebanyak 36,056 dengan 7,665 pesakit meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

KKM juga memaklumkan secara keseluruhan sehingga kini, masih terdapat 44,622 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini dan 96.2 peratus atau 42,942 sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menyeru pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia agar melaksanakan semula sekatan kesihatan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan pengudaraan yang baik dalam usaha menyampaikan pesanan risiko COVID-19 kepada orang awam.

“Virus ini bebas menular dan terdapat negara yang tidak menguruskan secara berkesan seperti kemasukan ke hospital bagi jangkitan kes dan peningkatan jumlah pesakit dengan simptom ‘Long COVID-19’.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: