Tempatan

Moderna Teruja Buka Cawangan Di Malaysia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2022 –Moderna Inc, sebuah syarikat bioteknologi yang merintis terapeutik dan vaksin messenger RNA (mRNA) mengumumkan rancangan terbaru mereka untuk membuka anak syarikat yang baharu di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel, rancangan untuk menubuhkan anak syarikat tempatan mencerminkan keyakinan pihaknya terhadap trajektori pertumbuhan semasa industri farmaseutikal dan kesihatan di Malaysia.

“Malaysia merupakan peserta yang semakin berkembang dalam industri farmaseutikal dan bioteknologi dan anak syarikat itu akan membantu menyampaikan penyelesaian mRNA kepada rakyat Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan pada 16 Februari lalu.

Tambahnya, syarikat itu juga terdorong dengan komitmen kerajaan tempatan terhadap penyelidikan dan pembangunan bioteknologi.

Penubuhan anak syarikat bioteknologi itu akan membantu menyampaikan penyelesaian mRNA kepada rakyat Malaysia, kata Stephane Bancel.

Ujar beliau lagi, mereka kini sedang aktif mengambil pekerja untuk membentuk pasukan bagi membina penyertaan yang kukuh dalam pasaran apabila pembekalan terapeutik mRNA syarikat berkembang.

“Saya teruja untuk membina pasukan yang kukuh, yang dapat memenuhi potensi serantau dan menyampaikan platform mRNA yang kami tawarkan.”

Dalam kenyataan sama, Stephane Bancel yang mewakili syarikat berkenaan memaklumkan bahawa mereka berharap untuk meneroka peluang kerjasama tempatan memandangkan Moderna sedang meluaskan jejaknya di rantau Asia-Pasifik.

Selain Malaysia, syarikat itu juga akan membuka anak syarikat di di Taiwan, Singapura dan Hong Kong.

Terdahulu, Kerajaan bersetuju memberi pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana vaksin Covid-19 Moderna di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, persetujuan itu dicapai pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: