Antarabangsa

Sudah Ada Vaksin Untuk Jangkitan Monkeypox

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 26 Mei 2022 – Kadar jangkitan monkeypox semakin meningkat di peringkat global, dan keadaan ini menimbulkan keresahan orang ramai tentang bagaimana mereka dapat mempertahankan diri dan keluarga daripada dijangkiti.

Virus monkeypox boleh merebak menerusi cecair pernafasan selain boleh dijangkiti mereka yang terdedah secara hampir dengan luka, cecair tubuh dan peralatan yang telah dicemari virus itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Perkhabaran WHO ini agak menyamai apa yang telah dimaklumkan oleh pakar-pakar perubatan pada masa lalu mengenai COVID-19 sewaktu gelombang pertama jangkitan virus itu di peringkat global, bahawa penyakit ini juga boleh dijangkitkan menerusi cecair pernafasan.

Antara gejala cacar monyet yang dilaporkan adalah seperti demam, sakit kepala dan ruam kulit yang bermula dari muka dan kemudian merebak ke seluruh badan.

Lebih kurang 12 buah negara sudah mengesahkan terdapat kes jangkitan yang berlaku, dan ramai rakyat Malaysia mendesak pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal dengan menyekat kemasukan warga asing dari negara-negara yang dijangkiti.

Kebanyakan kes yang dilaporkan adalah melibatkan ratusan lelaki muda yang menyebarkan jangkitan wabak monkeypox menerusi aktiviti seks gay dan biseksual mereka, menurut WHO.

Amerika Syarikat telah meluluskan penggunaan dua dos vaksin Jynneos keluaran Bavarian Nordic sebagai langkah mencegah jangkitan virus monkeypox, menurut laporan Time.

Vaksin ini menggunakan virus hidup yang telah diubahsuai agar ia tidak dapat membiak di dalam tubuh ataupun menyebabkan jangkitan, ia dapat mengaktifkan sistem imun sebagai sistem pertahanan tubuh melawan penyakit monkeypox.

Hasil kajian keberkesanan vaksin ini mendapati ia mempunyai 85% keberkesanan menghalang jangkitan monkeypox selepas mengambil dua dos suntikan dalam tempoh 28 hari.

Bagi melindungi rakyatnya, kerajaan Amerika Syarikat sudahpun membuat pesanan sebanyak 28 juta dos vaksin daripada syarikat Bavarian Nordic pada tahun 2019, dengan tambahan syarat penggantian dos baru bagi setiap dos yang telah sampai tarikh tamat tempoh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: