Tempatan

Kini Nancy Shukri Benarkan Semula Umrah Selepas KJ Tangguhkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 28 Januari 2022 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan bahawa umat Islam di negara ini dibenarkan kembali mengerjakan umrah mulai 8 Februari 2022.

“Penangguhan hanya sebulan sahaja dan umat Islam yang mahu mengerjakan umrah boleh berbuat demikian pada 8 Februari ini.”

Walau bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi semua jemaah masih belum diputuskan dan akan ditetapkan bersama agensi pengurusan umrah selepas ini, ujar beliau.

“Namun SOP baru akan dibincang bersama agensi pelancongan umrah kerana kita mahu pastikan apabila balik (dari Tanah Suci) nanti mereka (jemaah) dapat pilih di mana mereka nak dikuarantinkan.”

Terdahulu, hasil Mesyuarat Khas Kuartet yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, telah diangkat kepada persetujuan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan bersetuju memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari 2022.

Tidak ada perjalanan mengerjakan umrah selepas 7 Januari 2022 sehingga tarikh yang dimaklumkan kelak.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan bagi tempoh 1 Januari 2021 hingga 30 Disember 2021, sebanyak 2,763 kes positif COVID-19 telah dikesan dalam kalangan pengembara yang tiba di pintu masuk antarabangsa (PMA).

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,446 kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan pengembara yang tiba dari Arab Saudi, dikuti oleh Singapura (322 kes), Indonesia (264 kes), dan United Kingdom (217 kes).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: