Tempatan

Petisyen Bantah Operasi Hospital Cyberjaya Secara Kerjasama Awam-Swasta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

CYBERJAYA, 03 Disember 2021 – Satu petisyen telah dilancarkan bagi membantah pengoperasian Hospital Cyberjaya secara kerjasama awam-swasta.

Menurut individu yang memulakan petisyen, Fachri Asmar, bantahan dibuat kerana penduduk mahu hospital tersebut dikendalikan dan dioperasikan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bukan swasta.

“Kami membantah cadangan penswastaan ini dan mahu Hospital Cyberjaya dioperasikan sepenuhnya oleh KKM demi kemudahan rakyat khususnya penduduk B50 di dalam daerah Sepang dan berhampiran.”

5 Mei lalu, kerajaan memutuskan status operasi Hospital Cyberjaya yang dilakukan secara kerjasama awam-swasta adalah berkonsepkan ‘leasing’.

“Kaedah ini pasti membebankan rakyat kerana rakyat tidak akan mendapat perkhidmatan kesihatan pada kadar yang sama di hospital kerajaan yang lain kerana hospital ini dijangka akan beroperasi mengikut kadar yang biasanya dicaj di hospital swasta,” tambah Fachri.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan akan membuka permintaan untuk cadangan (RFP) bagi model pengoperasian Hospital Cyberjaya kepada pakar dan syarikat perubatan swasta.

“Sekarang ini ada pelbagai model diguna pakai iaitu hospital kerajaan, hospital swasta dan hospital hibrid iaitu ia hospital swasta tetapi kerajaan boleh memperoleh perkhidmatan untuk golongan tertentu mendapat rawatan, itu antara model yang difikirkan.”

Setakat artikel ini ditulis, seramai 8,422 orang telah menandatangani petisyen bantahan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: