Tempatan

Tular Dakwaan Mesej Tawar Jual Maklumat Peribadi MySejahtera

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2022 – Baru-baru ini tular di laman Twitter sebuah dakwaan mengenai data peribadi dari aplikasi MySejahtera ditawarkan untuk dijual oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut ciapan oleh @AhmadFarisHakim, seseorang telah menawarkan data dari aplikasi MySejahtera untuk dijual dengan harga yang tinggi.

“Percayalah, data anda tidak selamat. Ni kitorang dapat offer database Mysejahtera apps secara rawak. Memang kami tolak, ia tak beretika… Tak percaya? Agak-agak korang dapat scam call baru-baru ni angkara siapa?” ujarnya.

Beliau turut menyertakan tangkap layar sebuah mesej yang didakwa sebagai tawaran menjual data tersebut.

Tangkap layar yang dikepilkan memaparkan harga bagi data tersebut, di mana mesej tersebut menyatakan:
“RM 900 – 5,000 database
RM 2,100 – 20,000 database
RM 2,800 – 50,000 database
RM 7,000 – 100,000 database
Database dari MySejahtera appa (aplikasi)”.

Beliau turut menegaskan bahawa mesej ini telah diterima seawal tahun 2021, dan mendakwa bahawa hal ini berkemungkinan adalah angkara ‘orang dalam’.

“Lupa nak inform, ini berlaku pada 2021… dan saya tak tahu kalau scammer LHDN dapat data kita semua dari MySejahtera atau sumber lain (Bank, Telco, dll.). Tapi yang pasti mesti ada orang yang tak bertanggungjawab buat kerja tepi,” tegasnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button