Tempatan

Keluarkan SOP Mengundi Untuk Pesakit COVID-19 – Fuziah Salleh

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 10 Mac 2022 – Pengarah Jabatan Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh mendesak agar Prosedur Operasi Standard (SOP) mengundi melibatkan pesakit COVID-19 dikeluarkan segera.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan kenyataan pada Isnin berkenaan SOP Pencegahan COVID-19 pelaksanaan PRN Johor, namun tiada SOP berkenaan tatacara pesakit COVID-19 untuk melaksanakan hak mereka bagi membuang undi. Lantas, bagaimanakah nasib undi mereka?” ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau merasa kesal dengan kelewatan SOP pesakit COVID-19 sedangkan hari pengundian akan berlangsung pada Sabtu ini.

Katanya, pesakit COVID-19 juga berhak mengundi, kelewatan SOP ini seolah-olah menganggap undi mereka turut dikuarantin.

Menurut beliau, SPR dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan badan yang bertanggungjawab untuk memantau perjalanan PRN ini mengikut SOP bagi membolehkan mereka yang positif COVID-19 boleh mengundi.

“Perkara ini, sudah pasti bertentangan dengan amalan demokrasi negara. Oleh itu, kita berharap pihak SPR mengambil maklum dan bertindak dengan segera bagi mengungkai ketidakpastian ini,” tuntasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: