Antarabangsa

Sayang Keluarga Inspirasi Zulkarnain Berdakwah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

TOKYO, 03 Disember 2021 – Tekad dan niat untuk memastikan anak dan ahli keluarga tetap dengan ajaran Islam membawa tuan Haji Zulkarnain Hasan Basri ke medan dakwah di Jepun.

Ujarnya, beliau membawa keluarga ke Jepun semasa beliau menyambung pelajaran.

“Sebenarnya saya datang ke Jepun untuk belajar. Tetapi selepas saya datang ke Jepun, saya dapati anak saya semakin lama semakin hilang amalnya sebagai Muslim. Kemudian saya ajar anak saya Islam dan oleh kerana pengaruh kawan-kawan di Jepun menjadikan anak saya semakin lama semakin kurang perbuatannya sebagai Muslim, ibadat-ibadatnya menjadi kurang.”

Sambung tuan Haji Zulkarnain, gusar dengan keadaan itu, beliau mula nekad untuk mengubah sekeliling kerana beliau tahu, Muslim tidak boleh hidup bersendirian.

“Saya membuat keputusan bahawa saya tidak boleh mengubah anak saya jika keadaan berterusan sebegini. Saya risau akan anak cucu saya di Jepun. Daripada situlah saya mulakan gerakan kerja-kerja dakwah. Saya bermula dengan street dakwah.”

Tambah pengasas Japan Da’wah Centre, Osaka itu, beliau menyebarkan dakwah agama Islam dengan cara bersahabat dengan orang-orang di Jepun.

“Sebenarnya dakwah ni kita perlu berkawan dengan mereka, mengajar mereka setiap minggu ataupun mungkin setiap hari. Apabila saya berkawan dengan mereka, mereka dapati bahawa Islam ini adalah satu agama yang hebat.”

Mengakhiri kenyataan, Presiden Japan Muslim Foundation ini berharap agar hasratnya untuk membina masjid yang memenuhi keperluan warga Jepun itu sendiri akan terlaksana.

“Untuk pengetahuan semua, masjid amat kurang di sini. Di Osaka, hanya ada sebuah masjid sahaja yang berfungsi. Saya ingin mewujudkan masjid Jepun, iaitu masjid yang mensasarkan dan memenuhi keperluan warga Jepun itu sendiri.”

Mereka yang ingin membantu perjalanan dakwah di bumi matahari terbit itu boleh membuat sumbangan ke akaun, CIMB Account Bank atas nama Da’wah Islam di Bumi Matahari Terbit (DidBMT). Maklumat lanjut seperti di bawah:

Nama: DIDBMT ENTERPRISE
(No pendaftaran:002917724-D)
Current Account : 86-03519647

Semoga Islam semakin bersinar di bumi Nippon.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: