Antarabangsa

Rusia & China Manfaatkan Pemanasan Global Buka Jalan Laut Baru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 02 September 2022 – Fenomena pemanasan global yang melanda dunia menyaksikan pelbagai bencana yang menimpa seperti banjir besar, kemarau dan kematian tumbuhan serta haiwan ternakan. Namun, di sebalik dilema ini, Rusia dan China menerima manfaat, terutamanya dari sudut ekonomi.

Menurut sebuah laporan antarabangsa , suhu global yang kian meningkat telah mengakibatkan pencairan drastik bongkah ais di bahagian Artik yang terletak berhampiran utara Rusia.

Ini merupakan sebuah ‘berita gembira’ buat Rusia yang setelah sekian lama hanya mampu bergantung dengan bahagian selatannya untuk urusan jalan maritim. Hal ini kerana, jalan laut utara Rusia ‘dikunci’ oleh lautan yang membeku.

Masalah yang dihadapi dengan jalan selatan yang digunakan Rusia untuk berdagang dengan ekonomi timur kini adalah kerana kebanyakan ‘jalan utama’ dikawal oleh negara-negara lain.

Apabila lautan beku ini mula mencair, Rusia menyambutnya dengan memulakan operasi menghancurkan ketulan-ketulan ais di bahagian tersebut bagi membuka jalan laut yang baru.

Menurut laporan, jalan laut utara ini akan digunakan oleh Rusia sebagai sebuah ‘superhighway’ untuk perdagangan tenaga, terutamanya kepada China.

Baru-baru ini, kerajaan Rusia telah meluluskan projek bernilai USD 29 billion yang bakal dijalankan sehingga 2035 bagi membangunkan pelabuhan dan infrastruktur yang bakal memudahkan urusan perdagangan di Kawasan tersebut.

Senator Rusia, Olga Epifanova, telah membangkitkan bahawa antara isu yang perlu difokuskan oleh Rusia dalam usaha ini adalah untuk ‘meniti’ cabaran perundangan yang mungkin akan berbangkit berikutan aktiviti Rusia di kawasan Artik tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: