Cuaca Panas: Amaran Berjaga-Jaga Buat 12 Kawasan
KUALA LUMPUR, 16 Mei 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menyenaraikan sebanyak 12 kawasan berada dalam suhu panas pada tahap satu dan di peringkat berjaga-jaga.
Berdasarkan bacaan suhu maksimum negara yang dikemas kini petang kelmarin, kawasan-kawasan berkenaan dijangka boleh mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius dalam tiga hari berturut-turut.
BACA JUGA: Boleh Import Majalah Porno Selepas Ini? – Lukman Sheriff
BACA JUGA: Tangan Ghaib Punca Kerajaan Gugurkan Rayuan Kes Kalimah Allah Jill Ireland?
BACA JUGA: Kalimah Allah: Di Mana Kuasa Eksekutif Pihak Berkuasa Agama – Presiden PERKID
Kawasan yang terlibat ialah Padang Terap (Kedah); Pasir Emas, Kuala Krai, Tanah Merah (Kelantan); Temerloh, Pekan, Rompin (Pahang), Kuala Selangor (Selangor) serta Segamat, Muar dan Kluang di Johor.
“Di Malaysia Timur pula menunjukkan kawasan di Kinabatangan, Sabah terlibat,” kata jabatan itu.
Sejak awal April lalu, Malaysia didominasi oleh pusat tekanan tinggi berskala besar, berdasarkan laporan yang disediakan Pusat Iklim Nasional METMalaysia.
Susulan itu, perolakan dan pencapahan kelembapan berkurang dari kawasan tertentu.
“Akibatnya, cuaca kering dan kurang litupan awan berlaku, maka peningkatan daripada pancaran matahari sampai ke bumi meningkatkan lagi penyerapan haba serta kenaikan suhu,” jelasnya.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga, kurangkan aktiviti luar dan minum air secukupnya.