Tempatan

SOGIE Tidak Wujud Pada Tahun 1948 – Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2021 – “Ketika itu, ketika kita bersetuju untuk UDHR, tidak timbul isu untuk kita terima sexual orientation and gender identity (SOGIE). Waktu tu tak wujud lagi. Orientasi seks dan gender identity tidak wujud tahun 1948,” kata Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ).

Ujar beliau dalam sesi bual bicara “Perspektif Bersama Bro Firdaus Wong: Hak Asasi Manusia Dari Perspektif Islam” Rabu lalu, Malaysia menerimapakai Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR) selepas mendapat kemerdekaan. Pada waktu itu, tidak timbul sebarang isu dengan 30 artikel yang terkandung dalam UDHR.

“Malaysia menjadi ahli PBB selepas kita merdeka pada 1957. Jadi bila kita merdeka, kita terus adopt UDHR. Suka saya nak menyatakan dekat sini, kalau ikut 30 artikel yang asal 1948 ni, contoh Artikel 2. Artikel 2 mengatakan bahawa semua orang adalah mempunyai hak dan kebebasan tanpa mereka didiskriminasi daripada sudut bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, politikal dan juga pendapat.”

Namun, masalah mula timbul lebih kurang pada tahun 2011 selepas negara-negara anggota UDHR mula mencadangkan agar orientasi seksual yang lebih daripada satu, kata Pengerusi Bersama Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) ini.

“Dalam lebih kurang 2011, ada negara-negara anggota mula mencadangkan agar orientasi seksual yang lebih daripada satu. Maksud, kalau dulu manusia menerima heteroseksual adalah satu-satunya orientasi seks. Islam menegaskan heteroseksual adalah satu-satunya yang kita terima. Sebab tu kita tak pernah bercakap tentang diversity in sexual orientation because only one which is allowed in Islam.”

So, negara-negara itu mengatakan kena raikan pelbagai orientasi seks dan kena raikan pelbagai identity gender. Dan ketika itu dalam 2011, Resolusi 1719 dibuat di Geneva, Malaysia dan 18 lagi negara yang menganggotai Human Rights Council waktu itu membantah dan menolak. Tetapi cadangan itu telah pun mendapat sokongan yang banyak dari negara-negara lain terutama dari Latin America, daripada blok-blok Eropah, daripada US sendiri. Jadi waktu itu Malaysia, even negara-negara Kristian blok Afrika bersama menolak atas dasar bahawa ia bercanggah daripada sudut agama dan budaya.”

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan pencarian penyelidik bagi kajian keperluan undang-undang khusus bagi mengiktiraf jantina ketiga dalam negara oleh SUHAKAM.

Isu ini mendapat tentangan daripada banyak pihak seperti YADIM, MACSA, UMMAH, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi dan Mardhiyyah Johari, Ketua Kluster Undang-Undang, Pertubuhan Advokasi dan Hak Asasi Wanita Antarabangsa Malaysia/ i-AWARE.

Menurut MACSA, rakyat harus jelas bahawa dokumen asal UDHR pada tahun 1948, dan seperti mana yang diterimapakai oleh Malaysia apabila kita menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas kemerdekaan, tidak memperuntukkan identiti gender ketiga selain daripada lelaki atau perempuan dalam rangka hak asasi.

“MACSA mempertahankan kebebasan hak asasi manusia dengan nilai-nilai moral dan agama yang dipegang Malaysia sebagai sebuah negara Asia yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan negara mengikut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.”

Justeru, MACSA menggesa Suhakam untuk kembali menghormati peruntukan Seksyen 4 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 [Akta 597] yang dengan jelas membataskan kuasa Suhakam berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: