Tempatan

Waktu Bekerja Fleksibel, WFH Bakal Diperkenalkan Dalam Pindaan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2022 – Datuk Haji Awang bin Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia, memaklumkan bahawa pindaan Akta Kerja 1955 akan memperkenalkan sistem waktu bekerja fleksibel di dalam akta tersebut.

“Pindaan Akta Kerja ini juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel untuk membolehkan pekerja memohon kepada majikan untuk melaksanakan pekerjaan mengikut kesesuaian waktu kerja,” jelas beliau dalam sesi Parlimen hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa hal ini juga termasuk mengenai hari bekerja dan tempat bekerja, termasuklah bekerja dari rumah bagi situasi yang mendesak.

Dalam ucapan yang sama, beliau turut menjelaskan bahawa buat masa ini pihak kementerian masih belum mengadakan perbincangan mengenai penetapan waktu empat hari berkerja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: