Antarabangsa

Parti BJP Menang Besar Pilihan Raya India Sekali Lagi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 11 Mac 2022 – Bharatiya Janata Party (BJP), sebuah parti pemerintah di India telah berjaya mengukuhkan kuasa apabila menjuarai Pilihan Raya Negeri di beberapa wilayah di India semalam.

BJP, yang diterajui oleh Narendra Modi, berjaya menggondol 4 dari 5 negeri yang menjalankan pilihan raya tersebut.

Parti BJP berjaya menggondol hampir dua pertiga undi di Uttar Pradesh, sebuah wilayah yang mempunyai antara bilangan kerusi tertinggi dalam episod pilihan raya kali ini. Dengan kemenangan ini, wilayah Uttar Praadesh kekal di bawah kekuasaan BJP.

Parti tersebut telah menimbulkan kerisauan di peringkat antarabangsa apabila Human Rights Watch mengeluarkan sebuah laporan yang menjelaskan bagaimana parti tersebut menggunakan dana dan jentera kerajaan untuk ‘mendiamkan’ pengkritik-pengkritik mereka.

Selain Uttar Pradesh, Uttarakhand turut menyaksikan kemenangan besar BJP, diikuti Manipur dan yang terakhir sekali wilayah Goa yang menyaksikan BJP hanya mampu mengekalkan kemenangan tanpa menjangkaui 50% jumlah kerusi.

Manakala satu lagi wilayah, Punjab, berjaya dimenangi oleh Aam Aadmi Party (AAP), dengan kemenangan besar 92 dari keseluruhan 117 kerusi.

Leave a Reply

Back to top button