Tempatan

Gagal Pertahan LGBTQ, Kumpulan NGO Liberal Desak Pesuruhjaya SUHAKAM Letak Jawatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 13 Julai 2023 – CSO Platform for Reform menuntut Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk meletak jawatan jika terus berkeras untuk menegakkan hak asasi manusia mengikut acuan tempatan yang akan mengenepikan komuniti LGBTQ.

Kata NGO itu dalam sebuah kenyataan, perkara ini merupakan suatu yang merisaukan dan regresif.

“Disebabkan acuan tempatan inilah yang telah menyebabkan kita menderita dalam pelbagai perkara; dan tidaklah menghairankan jika SUHAKAM akan kehilangan status pematuhan Prinsip Paris Gred A, dan kehilangan kedudukan antarabangsanya,” memetik kenyataan.

BACA JUGA: Malaysia Catat 26.8 Juta Pengguna Media Sosial Setakat Januari 2023, YouTube Paling Tinggi

BACA JUGA: Melampau! Penganut Buddha Thailand Pula Pijak Al-Quran

BACA JUGA: Rejim Israel Mesti Diseret Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa – MAPIM

NGO itu juga mendakwa, cubaan merangka semula hak asasi manusia mengikut acuan tempatan bukanlah tugas SUHAKAM kerana majoriti ahli politik suka dengan pandangan yang sempit dan berbahaya ini untuk hak rakyat Malaysia.

Desak CSO, “Tugas utama SUHAKAM ialah untuk menaik taraf perlindungan dan promosi hak asasi manusia di Malaysia sesuai dengan keterangan Bahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan asasi dan piawaian sejagat hak asasi manusia yang diterima di peringkat antarabangsa.”

Pada masa sama, gabungan lebih 60 NGO itu mengulangi pendirian mereka dan menggesa beberapa pembaharuan dilakukan.

Antaranya, “Kami menggesa Kerajaan Madani untuk merangka proses pelantikan pesuruhjaya SUHAKAM yang bebas, di mana pelantikan semasa kini dilakukan melalui Jabatan Perdana Menteri.”

“Kami meminta Dato’ Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri untuk melihat pembaharuan yang telah diusulkan, dan juga permintaan staf SUHAKAM untuk menyiasat Pengerusi mereka.”

Tambah mereka, “Kami juga meminta Pesuruhjaya-pesuruhjaya yang lain untuk menyatakan pendirian mereka mengenai isu ini; adakah mereka mengangkat prinsip-prinsip hak asasi manusia seperti yang digariskan dalam UDHR.”

NGO itu turut mengingatkan kepada pesuruhjaya-pesuruhjaya SUHAKAM bahawa mereka mempunyai tugas untuk mengangkat hak asasi manusia sejajar dengan Deklarasi Sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak Asasi Manusia dan Bahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan mengenai asas kebebasan sebagai sebuah institusi negara yang diperkasakan di bawah pengawalan yang bebas.

Ia dikatakan amat penting jika ingin memastikan Kerajaan terus memainkan tugas dan kewajipan utamanya dalam merealisasikan hak asasi manusia untuk semua.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: