Tempatan

Azalina Cadang Akta Baharu, Mahu Pesalah 3R Dikenakan Denda

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Julai 2023 – Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Dato’ Seri Azalina Othman Said mencadangkan agar akta baharu diwujudkan seperti mengenakan denda kepada pesalah yang memainkan isu 3R.

Menurut beliau, ia merupakan langkah terbaik untuk menangani isu berkaitan kaum, agama dan Raja atau lebih dikenali sebagai 3R berbanding dengan hanya mendakwa pesalah di bawah Akta Hasutan.

Dalam masa yang sama, beliau turut mencadangkan undang-undang khusus yang serupa dengan undang-undang di Singapura dan Australia yang menjaga keharmonian dalam masyarakat majmuk.

BACA JUGA: Melampau! Penganut Buddha Thailand Pula Pijak Al-Quran

BACA JUGA: Rejim Israel Mesti Diseret Ke Mahkamah Antarabangsa – MAPIM

BACA JUGA: Pindaan Undang-Undang Kewarganegaraan Bakal Dipersembahkan Kepada Majlis Raja-Raja Bulan Ogos

Katanya, Singapura mempunyai Akta Penyelenggaraan Keharmonian Agama 1990 manakala Australia mempunyai Akta Diskriminasi Kaum 1975.

Ujarnya lagi, undang-undang sedemikian penting untuk memastikan pihak berkuasa dapat membezakan antara salah laku dan niat jenayah sewaktu menyiasat kes berkaitan 3R.

Pada Selasa baru-baru ini, kerajaan mengeluarkan “amaran terakhir” kepada mereka yang memainkan isu 3R di mana tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil kepada mana-mana individu tanpa mengira pangkat, kaum atau agama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: