Tempatan

3R: Kabinet Setuju Semak Akta Hasutan Lindungi Institusi Raja-Raja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2023 – Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip supaya Akta Hasutan 1948 [Akta 15] disemak dengan sewajarnya bagi memastikan perundangan tersebut digunakan hanya untuk melindungi Institusi Raja-Raja daripada sebarang provokasi.

Demikian kenyataan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said susulan daripada Dialog Perundangan 3R yang diadakan pada 21 Julai baru-baru ini yang dihadiri oleh wakil Kementerian Perpaduan Negara, Badan-Badan Peguam, Pertubuhan Masyarakat Madani (CSO), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Ahli-Ahli Akademi.

BACA JUGA: Tanah Kubur, Sumber Air Bersih Suku Temiar Diceroboh Pekebun Sayur

BACA JUGA: Label Gelombang Hijau Untuk Takutkan Pengundi Cina-Azmin

BACA JUGA: Syarikat Elon Musk, Starlink Dibenar Beroperasi 100% Milik Asing-SKMM

Menurut beliau, aspek lain berkenaan provokasi yang melibatkan agama dan bangsa akan diteliti termasuk penggubalan perundangan baharu jika perlu mengenai keharmonian dan perpaduan Negara dengan mengambil kira pandangan Institusi Raja-Raja sebagai ketua agama Islam dan amalan serta prinsip terbaik antarabangsa.

“Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) akan mengambil langkah yang sewajarnya dalam menyemak secara terperinci Akta Hasutan 1948 [Akta 15] dan memastikan cadangan pindaan yang bakal dicadangkan adalah benar-benar bertujuan untuk melindungi institusi Raja-Raja secara holistik,” jelas beliau dalam kenyataan yang sama.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Pasukan Khas 3R khusus untuk menangani isu berkaitan penghinaan terhadap institusi diraja, agama dan bangsa yang berpotensi mengganggu-gugat keharmonian serta perpaduan di negara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: