Tempatan

Malaysia ‘Negara Melayu’ Selari Perlembagaan, Peguam Gesa Kerajaan Perjelas ‘3R’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Julai 2023 – Seorang peguam telah menggesa agar pihak Kerajaan menyediakan panduan yang jelas dalam mendefinisikan isu-isu yang berkait dengan bangsa, agama serta Raja-Raja Melayu ataupun juga dikenali sebagai 3R.

Pihak Kerajaan telah beberapa kali mengeluarkan amaran tentang tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang membangkitkan isu ini dalam Pilihan Raya Negeri bulan hadapan.

BACA JUGA: Aktivis Sarawak Persoal Status Isteri Gabenor

BACA JUGA: Tular Video Ayam Dalam Kandang Babi, Netizen Tuntut Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

BACA JUGA: Ribut Petir Bakal Rempuh Sabah Sarawak 3 Hari Berturut-Turut

Peguam tersebut, Rafique Rashid menyatakan bahawa beberapa kenyataan yang mungkin jatuh di bawah kategori 3R itu berkemungkinan boleh menjadi sah. Sebagai contoh, melabel Malaysia sebagai negara Melayu adalah sepakat dengan kandungan Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, bercakap soal bangsa dan agama daripada pandangan keilmuan juga mungkin boleh dibenarkan, seperti berdebat dan berbahas dengan cara yang sihat, terbuka dan beradab tanpa sebarang keganasan.

Menurut Rafique, adalah penting untuk membezakan di antara apa yang dibenarkan di bawah peruntukan Perlembagaan, dan penyalahgunaan isu-isu untuk kepentingan politik atau sehingga ianya menjadi ucapan kebencian.

Ujarnya, jika seseorang menyatakan bahawa orang Melayu mempunyai keistimewaan bersama Bumiputera dan Orang Asli di Sabah dan Sarawak, sebagaimana yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan maka ianya tidak salah.

Katanya lagi, juga dibenarkan bagi seseorang itu menyatakan bahawa Perlembagaan Malaysia bukan bersifat sekular, sebagaimana ianya mengiktiraf Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah beberapa kali mengeluarkan amaran terhadap sesiapa sahaja yang membangkitkan isu-isu 3R, dengan mengatakan bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat di dalam talian yang menyentuh isu-isu tersebut adalah sentiasa diperhatikan oleh pihak berkuasa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: