Kelantan, Terengganu Tidak Layak Royalti Minyak – Kerajaan Perpaduan
KUALA LUMPUR, 26 Februari 2023 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said memaklumkan negeri Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum menurut Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750).
Jelasnya, ini kerana kedudukan medan pengeluaran adalah terletak di luar 3 batu nautika dari garis air surut wilayah kedua-dua negeri di Pantai Timur itu.
BACA JUGA: Menu Rahmah Rugikan Peniaga Melayu
Azalina berkata demikian ketika menjawab soalan Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang bertanya sama ada Kerajaan akan menyalurkan hasil minyak secara terus kepada kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu seperti yang dilakukan oleh Kerajaan PN.
BACA JUGA: MUIP Tubuh Perbadanan Wakaf Pahang
Mengulas lanjut, Perjanjian Pembayaran Wang Tunai yang ditandatangani antara Petronas dan kerajaan Kelantan dan Terengganu memperuntukkan dua negeri itu boleh diberi pembayaran tunai sebanyak lima peratus untuk petroleum yang didapati dan diperolehi dalam jarak tiga batu nautika dari garis air surut.
BACA JUGA: AUKU Kekal – Menteri KPT
“Namun, Petronas tidak pernah menyalurkan hasil petroleum secara langsung kepada Kelantan dan Terengganu selama ini kerana kedudukan medan pengeluaran adalah terletak di luar tiga batu nautika dari garis air surut wilayah Kelantan dan Terengganu,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan wang ehsan ke negeri-negeri yang berhampiran dengan kawasan penggalian petroleum, termasuk Kelantan dan Terengganu, untuk projek yang memberi manfaat kepada rakyat.