Akta Hasutan, Komunikasi Kepada Ahli Politik Jaja Isu 3R
KUALA LUMPUR, 07 Julai 2023 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang mengeluarkan kenyataan yang melibatkan Raja-Raja Melayu, agama serta bangsa (3R) sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Beliau turut menyatakan bahawa pihak polis sama sekali tidak akan bertolak ansur dalam mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menyentuh isu-isu sensitif yang melibatkan 3R itu.
BACA JUGA: Kerajaan Komited Lindungi Hutan
BACA JUGA: Tragedi Banjir Taman Sri Muda: MBSA & KDEB Gagal Batal Saman Penduduk
BACA JUGA: Perlis Pasang Solar, Kurangkan Pelepasan Karbon
Dalam kenyataan yang sama beliau turut menyatakan bahawa bahkan beliau sendiri akan disiasat jika mengeluarkan kenyataan yang berkait dengan isu-isu melibatkan 3R.
Ujarnya, baik orang awam mahupun ahli politik, pihak polis akan membuat penyiasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan yang melibatkan 3R itu.
Kenyataan tersebut telah dibuat sewaktu di dalam sebuah sidang media setelah menghadiri sesi penerangan berkenaan persediaan yang dilakukan bagi Pilihan Raya Negeri yang dibuat oleh polis Selangor.
Beliau turut menambah bahawa sekumpulan anggota polis akan membuat pemerhatian terhadap pilihan raya tersebut bagi memastikan perkara-perkara yang melibatkan 3R sama sekali tidak dibangkitkan.
Menurut Razarudin lagi, antara tindakan yang boleh diambil adalah di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta lain-lain peruntukan.