Tempatan

Waris Sulu Dipergunakan Proksi Barat Untuk Dapatkan Duit Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA TINGGI, 03 Jun 2023 – Waris Sulu berkemungkinan dipergunakan oleh proksi Barat untuk mendapatkan duit dari Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.

“Itu sebabnya saya cabar mereka (waris Sulu) jika betul nak tuntut dari segi hak kononnya ini (Sabah) kawasan dan hak mereka, pergilah tuntut di ICJ.”

“Sebenarnya saya melihat ini sebagai satu taktik untuk mereka dapat duit daripada Malaysia dengan menggunakan platform undang-undang perniagaan menerusi Mahkamah Timbang Tara Komersial.”

“Saya melihat waris Sulu ini dipergunakan oleh segolongan tertentu di negara Barat hanya untuk proses menuntut Malaysia membayar duit kepada mereka,” katanya, memetik kepada berita tempatan.

BACA JUGA: Minggu Epidemiologi 21: Tiga Kematian Akibat Demam Denggi Direkodkan

BACA JUGA: Kalimah Allah: PN Kemuka Akta Tafsiran

BACA JUGA: Skim Perubatan Madani Akan Bermula 15 Jun Ini

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengerang itu turut mengatakan bahawa pihak Kerajaan akan meneliti keputusan Mahkamah Rayuan Paris yang akan membuat keputusan ‘partial award’ berhubung tuntutan daripada waris Sulu tersebut.

Kata beliau kepada barisan peguam, kos bayar balik ganti rugi perlu dituntut sekiranya waris Sulu kalah dalam tuntutan mereka berikutan kos melantik peguam antarabangsa yang begitu tinggi.

Dalam masa yang sama, dedah beliau, peguam waris Sulu telah pun menghantar surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

“Saya dimaklumkan oleh Peguam Negara, dua tiga hari lalu peguam waris Sulu menulis surat yang amat biadap, yang mendakwa mereka bukan sahaja ada hak ke atas Sabah malah berhak ke atas tuntutan AS$14.92 bilion (RM68.50 bilion) yang kononnya turut dikenakan faedah AS$16 bilion (RM73.46 bilion),” jelasnya.

Surat tersebut bagaimanapun sudah dijawab oleh Peguam Negara di mana ia turut dinyatakan agar tidak memandang rendah terhadap keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Azalina turut menyatakan bahawa Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga telah mengeluarkan arahan untuk melawan habis-habisan terhadap tuntutan yang tidak masuk akal tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: