Tempatan

PAS Dakwa DAP Main Isu 3R, Gesa Kerajaan Adil Dalam Tindakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Julai 2023 – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa Kementerian Komunikasi dan Digital bersikap adil dan mengambil tindakan terhadap beberapa ahli DAP yang didakwa mempermainkan isu kaum, agama dan institusi Diraja (3R).

Menerusi laporan media tempatan, Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata, kenyataan Nga Kor Ming terhadap tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) berhubung isu pemakaian seluar pendek sengaja dijadikan isu bagi menyebarkan islamofobia.

BACA JUGA: Insiden Bakar Al-Quran Di Sweden: PAS Gesa Malaysia Bertindak Lebih Tegas

BACA JUGA: Tragedi Kepala Air Kemaman: Identiti 8 Individu Dikenal Pasti

BACA JUGA: Tindakan Tegas Perlu Diambil Siasat Insiden Tular VIP Buat Kecoh Di KLIA – CUEPACS

Manakala, Tony Pua pula menggelar parti nasionalis atau parti pimpinan bangsa Melayu sebagai korup.

Tambahnya lagi, kenyataan Lim Guan Eng kononnya undi Perikatan Nasional di Pulau Pinang berupaya menghapuskan Pulau Pinang, jelas bertujuan untuk menakut-nakutkan malah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Khairil turut menekankan, PAS tidak akan mengikut jejak langkah DAP yang kelihatan begitu terdesak hingga sanggup menjadi batu api apabila mereka menyentuh isu sensitif terbabit menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: