Tempatan

Perbincangan Mendalam Perlu Sebelum ‘Pisahkan’ Jabatan Peguam Negara, Pendakwa Raya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Mac 2023 – Perbincangan dengan pihak berkepentingan yang berkaitan perlu diadakan sebelum mengasingkan pejabat pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara (AGC), kata Azalina Othman Said.

“Pemisahan peguam negara secara politik dan secara pengkhususan memerlukan satu perbincangan bersama semua pihak berkepentingan.”

BACA JUGA: Miskin Tegar, Bumiputera Paling Tinggi Di Malaysia 7.2%

BACA JUGA: 15 Pusat Pemindahan, Tempatkan Lebih 2,000 Mangsa Banjir Pahang

BACA JUGA: JAKIM Gesa Peniaga Dekorasi Al-Quran Buat Semakan

Menurutnya, AGC mungkin mempunyai pendapat yang sama seperti kakitangan Parlimen yang tidak ingin Akta Perkhidmatan Parlimen dikembalikan, menjadikan Parlimen badan bebas.

“Salah satu daripada contoh yang kita berhadapan dalam Akta Perkhidmatan Parlimen, pegawai di Parlimen kebanyakan tidak bersetuju adanya pengkhususan jabatan tertentu. Mereka nakkan di bawah Kerajaan menyeluruh.”

“Jadi dalam Akta Perkhidmatan Parlimen kita perlu berbincang. Dalam isu Peguam Negara juga, kemungkinan peguam negara tidak mahu pengkhususan tersebut. Jadi kita perlu bincang.”

Azalina berkata demikian di Dewan Rakyat dalam ucapan penggulungan Bajet 2023 bagi memberi maklum balas kepada Lim Guan Eng (PH-Bagan).

Terdahulu, pelbagai pihak menggesa pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya bagi mengekalkan kebebasan mereka.

Badan pemantau pilihan raya BERSIH, pada September lalu menggesa Kerajaan melaksanakan pengasingan kuasa berkuat kuasa serta-merta, dengan menyatakan bahawa AGC telah menubuhkan jawatankuasa kerja untuk meneliti perkara itu tahun lepas.

Susulan itu pada Disember lepas, Azalina mengadakan pertemuan dengan wakil AGC, diketuai Peguam Cara Negara Ahmad Terrirudin Salleh, untuk membincangkan perkara itu. Beliau menyifatkan ia sebagai langkah pertama dalam memisahkan peranan peguam negara dan pendakwa raya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: