Wanita 67 Tahun Saman, Mahu Kerajaan Absahkan Status Kewarganegaraan
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 05 Januari 2023 – Seorang wanita kelahiran Perak, berusia 67 tahun berjaya meneruskan saman terhadap Ketua Setiausaha KDN, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Kerajaan Malaysia berhubung keabsahan status kewarganegaraannya.
Mahkamah Tinggi membenarkan wanita yang lahir sebelum negara mencapai kemerdekaan itu memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kerakyatan sebagai warganegara Malaysia.
BACA JUGA: Mahkamah Persekutuan Akan Dengar Kes Kewarganegaraan Automatik Anak
BACA JUGA: Kewarganegaraan Anak: Mahkamah Tinggi KL Terkhilaf – Hakim
BACA JUGA: Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Kewarganegaraan Azimah
Saman yang difailkan pada 22 November 2022 lalu itu juga merupakan cabaran mahkamah yang pertama dikemukakan untuk memohon diisytiharkan sebagai warganegara Malaysia dan diberikan sijil kewarganegaraan dan kad pengenalan.
Jabatan Peguam Negara (AGC) melalui surat bertarikh 3 Januari memaklumkan perkara tersebut, kata peguam yang mewakili wanita tersebut, Larissa Ann Louis kepada Mahkamah Tinggi.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid kemudiannya membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman, yang bermakna mahkamah seterusnya akan meneruskan untuk mendengar tuntutan wanita tersebut sepenuhnya.
Untuk rekod, wanita tersebut dilahirkan di Hospital Teluk Anson di Perak, tetapi telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya yang tiada langsung maklumat mengenai keluarga kandung yang beliau ketahui kecuali nama mereka sahaja yang diperoleh dari sijil kelahirannya.
Wanita yang tidak mempunyai kewarganegaraan itu kemudiannya dibesarkan oleh ibu bapa angkat sejak berumur sembilan tahun, yang mana ibu bapa angkatnya kini telah dunia.
Pada April 2007, wanita yang telah berkahwin dengan suami yang juga tidak mempunyai kerakyatan tetapi mempunyai status pemastautin tetap, telah berjaya dalam permohonan status pemastautin tetap kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Seterusnya, pada 19 Disember 2017, wanita tersebut memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan melalui proses naturalisasi di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan yang ditolak pada 23 Ogos tahun lepas tanpa sebarang alasan.
Wanita tersebut percaya bahawa beliau harus diberikan kerakyatan Malaysia kerana memenuhi syarat di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan untuk kewarganegaraan secara naturalisasi.