Tempatan

Gangguan Seksual: Ebit Lew Didakwa 11 Pertuduhan Hari Ini

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TENOM, 18 Februari 2022 – Pendakwah terkenal, Ebit Lew, dihadapkan di Mahkamah Litar hari ini dipercayai membabitkan 11 pertuduhan ke atas beliau termasuk pertuduhan gangguan seksual.

Beliau tiba di mahkamah tersebut di Pejabat Daerah Tenom kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

Perkarangan Pejabat Daerah tersebut turut dikawal oleh pihak polis sejak awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan melaporkan, kertas siasatan hampir lengkap sebelum dirujuk kepada pejabat Peguam Negara (AGC).

“Kita telah hantar ada yang perlu diperbetulkan sebelum dihantar semula ke AGC dalam masa terdekat.

“Proses itu memang di peringkat akhir dan kita akan selesaikan secepat mungkin,” ujarnya.

Abd Jalil Hassan dijadualkan membuat sidang media berhubung kes tersebut selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.

Julai lalu, polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual dan siasatan dikenakan terhadap beliau mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Leave a Reply

Back to top button