Tempatan

15 Pusat Pemindahan, Tempatkan Lebih 2,000 Mangsa Banjir Pahang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 08 Mac 2023 – Seramai 2,255 mangsa banjir daripada 653 keluarga masih ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di Rompin, setakat 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang berkata, ini sedikit menurun berbanding 2,353 mangsa daripada 685 keluarga, petang semalam.

BACA JUGA: JAKIM Gesa Peniaga Dekorasi Al-Quran Buat Semakan

BACA JUGA: Rugi Puluhan Ribu, Jemaah Umrah Digalakkan Ambil Insurans

BACA JUGA: Lubuk Judi Sabung Ayam Diserbu, 7 Ditahan

Sementara itu, PPS di Maran telah pun ditutup pagi tadi, menjadikan Rompin satu-satunya daerah terjejas setakat ini.

Berdasarkan maklumat laman web Jabatan Saliran dan Pengairan pula, Sungai Keratong di Jambatan Bahau, Keratong, Rompin masih merekodkan bacaan paras air melebihi paras bahaya, setakat jam 2 petang tadi.

Manakala, Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan dan Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera telah melepasi paras amaran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: