Antarabangsa

Negara Tenggelam 2050, PM Malaysia dan Thailand Bincang Strategi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Dalam sebuah pertemuan hujung Februari lalu, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan rakan sejawatnya dari Thailand, Chan-o-cha telah mengadakan perbincangan langkah koordinasi bagi menangani kesan buruk impak kenaikan aras laut ke atas pesisiran pantai dan kawasan pedalaman yang berisiko, menurut Pengarah Eksekutif Nature Watch, Piyali Banergee.

Piyali Banergee memetik laporan kajian yang diterbitkan oleh Science Advances yang menunjukkan bahawa air yang terhasil dari pencairan glasier di sebahagian kawasan Antartika mengakibatkan air sejuk ini menyelaputi lapisan di bahagian atas menutupi air laut yang lebih panas.

BACA: Shah Alam, Klang, Parit Buntar Tenggelam 2030?

BACA: Amaran Ribut Matahari Dahsyat Langgar Bumi Hari Ini

BACA: Selepas Banjir Besar, Shah Alam Dilanggar Taufan Pula

Keadaan ini menyebabkan kitaran lautan menjadi lebih perlahan dan pada masa yang sama mencairkan bahagian bawah lapisan ais Antartika dengan lebih pantas kerana terdedah kepada air yang lebih panas.

Sekiranya berterusan boleh menyebabkan bongkah-bongkah ais yang besar terpisah daripada lapisan ais Antartika sekaligus mempercepatkan lagi proses pencairan di Antartika.

Ini mengakibatkan kenaikan paras air laut yang lebih cepat dan agresif sehingga boleh memberikan impak negatif kepada pesisiran pantai banyak negara, termasuklah Thailand dan Malaysia.

Menurut Climate Central, sebuah badan bukan kerajaan yang menggabungkan saintis pakar iklim dan alam sekitar serta wartawan berpengalaman, sebahagian besar kawasan di Pantai Barat Semenanjung seperti di Shah Alam, Klang dan Parit Buntar bakal berada di bawah paras banjir tahunan menjelang tahun 2030.

Kawasan-kawasan di Shah Alam berhampiran Sungai Klang seperti di Seksyen 36, Seksyen 17 dan Seksyen 25 dijangkakan akan terjejas teruk. Port Klang pula dijangkakan akan ditelan sepenuhnya sehingga ke Bandar Bukit Tinggi. Parit Buntar dan kawasan lain berhampiran Sungai Kerian juga bakal terjejas teruk.

Kajian pakar menunjukkan bahawa krisis iklim menerusi peningkatan paras air laut dan kekerapan ribut akan meningkatkan kekerapan banjir berlaku dan menenggelamkan kawasan-kawasan beraltitud rendah dan berhampiran dengan sungai dan saliran air.

Krisis yang diramalkan bakal berlaku kurang sepuluh tahun dari sekarang ini bakal menelan sebahagian besar kawasan di Kedah, di mana Jitra dijangkakan menjadi ‘pesisir baru’. Sebahagian besar pesisir Melaka seperti di Tanjung Kling, Klebang, Telok Mas dan Merlimau juga bakal berada di bawah paras banjir tahunan.

Kawasan Pantai Timur dijangkakan kurang terjejas jika dibandingkan dengan Pantai Barat, tetapi sebahagian besar pantai di Kelantan berisiko tenggelam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: