Tempatan

Banjir Kelantan: 3 Beradik Maut, Terkena Renjatan Elektrik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TUMPAT, 19 Disember 2022 – Tiga beradik perempuan maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di luar kediaman mereka yang dilanda banjir, di Kampung Bendang Surau dekat Morak, Tumpat, pagi tadi, lapor portal tempatan.

Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi.

Perkara ini disahkan oleh ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25.

Menurut laporan media, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena pula kepada dua adiknya turut berada di hadapan rumah.

Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan terapung.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: